Sunday, August 21, 2011

Vampire ini gigit wanita kerana mengalami sakit jiwa..Hadoiii macam-macam


TEXAS - Terkadang penyakit kejiwaan memang tidak jelas asal-usulnya. Seperti yang dialami oleh Lyle Monroe Bensley, 19 yang menggigit seorang wanita kerana merasa dirinya vampire 500 tahun yang sedang kelaparan.

Seperti laporan Sydney Morning Herald, Bensley memasuki apartmen seorang wanita di Galveston, Texas dengan mengenakan seluar pendek pada Khamis (18/8/2011) waktu setempat. Ketika berhasil masuk, Bensley menggeram dan mengeluarkan suara berdesis dan langsung menggigit serta memukul wanita tersebut diatas katil.

Aksi Bensley ini diketahui  polis   setempat dan terus mengejar Bensley. Juru cakap   polis  setempat, Kapten Jeff Heyse, menyatakan ketika itu Bensley menyeret seorang wanita keluar apartmen, namun mangsa berjaya melarikan diri. "Dia mencuba memanjat pagar untuk melarikan diri. Ketika ditangkap, dia berteriak-teriak mengaku sebagai vampire berusia 500 tahun yang sedang kelaparan. Saya pernah berurusan dengan sejumlah orang yang mengaku sebagai Jesus dan sebagainya, tetapi baru kali ini saya melihat ada orang yang mengaku dirinya sebagai vampire," kata Jeff.

Sedangkan menurut ahli psikologi klinik AS, Profesor Josh Klapow dari University of Alabama, mengatakan filem-filem popular dan siaran-siaran televisyen seperti Twilight dan True Blood dapat menginspirasi orang-orang dengan penyakit jiwa.

"Vampire sangat menonjol di dalam masyarakat kita ketika ini dari sudut pandang kultur pop. Informasi itu boleh mendorong halusinasi," kata Josh.

Sementara itu paramedik setempat telah memastikan bahawa Bensley tidak dipengaruhi dadah ketika kejadian. Bensley ketika ini ditahan dengan jaminan wang US$ 40 ribu dan akan menjalani pemeriksaan kesihatan jiwa.
TRIBUNNEWS.COM  

No comments:

Post a Comment