18 September 11
Singapura : Sepasang suami isteri begitu marah dan memusnahkan tempat kerja si peramal perubatan palsu di luar sebuah kuil Dewi Kwan Im di Singapura. Mereka marah besar setelah mereka tahu peramal yang sehpatutnya mengubati puteri mereka tetapi menjalankan hubungan seks dengannya.
Bomoh yang diidentifikasi bertubuh gemuk dan berusia 30-an tahun menipu pasangan yang sudah berusia 50-an tahun dan merogol puteri mereka yang berumur 20-an dengan dalih untuk mengusir setan.
Pasangan ini membawa anak perempuan mereka yang sedang sakit ke kuil untuk memohon pertolongan demi penyembuhan anaknya. Tak berapa lama kemudian mereka didekati bomoh dan menawarkan pertolongan.
Pasangan ini terkejut ketika bomoh itu memberitahu yang mereka memiliki anak perempuan yang sedang sakit dan mengatakan yang anaknya dikuasai iblis dan harus diubati. Si bomoh itu kemudian mengubatinya di rumah pasangan itu.
Pasangan suami isteri ini kemudian membayar bomoh itu hingga 200 dollar Singapura kerana memberi pertolongan . Tetapi rahsia terbongkar kemudiannya dimana anak perempuannya diperkosa oleh bomoh itu. Dalam keadaan marah, pasangan ini menghancurkan kios tempat bomoh itu meramal setelah tak menemui si bomoh yang sudah melarikan diri. Sejumlah peramal yang berada di lokasi itu mengatakan lelaki itu seorang penipu dan tidak tahu apa-apa soal ramalan.
No comments:
Post a Comment