Wednesday, September 14, 2011

Lu Hao, Budak 3 Tahun - Berat 60kg - Lima Kali Ganda Berat Kanak-Kanak Biasa

  Budak dari China, Lu Hao yang baru berusia tiga tahun tapi sudah mempunyai berat badan 60kg (132lbs) yang kira-kira lima kali lebih berat dari saiz anak normal seusianya.

update
Ketika dilahirnya budak sihat ini, hanya mempunyai berat badan 2.6kg (5.7 lbs), bagaimanapun, sejak ia berusia tiga bulan berat badannya mula bertambah dengan aktif.
Lu Hao cuba bermain di halaman rumahnya


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/03/22/article-1368772-0B480E2700000578-918_634x422.jpg

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/03/22/article-1368772-0B480CDE00000578-770_634x433.jpg

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/03/22/article-1368772-0B480CF700000578-240_634x403.jpg


Macamana tak gemuk hari-hari dia makan tiga mangkok besar nasi, mengalahkan orang dewasa.
Apabila berumur setahun ibunya cuba mengatur diet untuknya, malangnya Hao menangis berterusan kerana lapar.


Masalahnya Hao malas bersenam, malas berjalan, jadi hari-hari ibunya terpaksa menghantar dia ke pusat asuhan dengan menaiki motorsikal. Nampaknya dia begitu suka apabila diajak naik motorsikal.


Dalam banyak-banyak permainan yang dia ada, dia begitu suka dengan permainan superman, kerana katanya "Superman boleh terbang dan boleh mengalahkan orang jahat". Tetapi apabila ditanya adalah dia mahu terbang seperti superman...katanya " Tidak, aku terlalu gemuk".   tau pun.


Untuk menjinakkannya bersukan ayahnya mengajar dia bermain bola keranjang, dan kadang-kadang membawa dia bernang di sungai berdekatan. Masalahnya pulak...apabila bersukan menyebabkan dia lapar dan terpaksa makan dua kali ganda....semuanya masalah, masalah, masalah.


Doktor memberitahu Hao mempunyai hormon pada level normal, tetapi para doktor juga heran mengapa dia begitu gemuk.


Keluarga Hao berharap satu hari nanti badannya akan kurus seperti kanak-kanak biasa.

No comments:

Post a Comment