Pemantau pilihan raya yang telah berkhidmat di beberapa negara lain menimbulkan keraguan berhubung dakwaan bahawa dakwat kekal yang digunakan bagi mengelakkan pengundian berulang-kali boleh ditanggalkan dengan mudah menggunakan serbuk pencuci.
"Tidak ada masalah dengan penggunaan dakwat, kecuali di mana pegawai-pegawai pilihan raya mencairkan dakwat, jadi ia tidak kekal lama... tetapi ini adalah kes terpencil dan tidak dicatatkan sebagai antara masalah dalam pilihan raya itu," katanya ketika dihubungi.
Ong yang berada di Afghanistan sebagai perwakilan Pilihanraya Bebas Rangkaian Asia (Anfrel). Katanya, masalah-masalah yang timbul akibat penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya itu adalah penguatkuasaan yang longgar.
"Saya perhatikan ada beberapa pegawai yang tidak menandakan pengundi selepas mereka mengundi. Ini yang menyebabkan beberapa kes pengundian berganda.
"Terdapat juga masalah dengan ketua-ketua keluarga yang menuntut untuk mendapatkan beberapa kertas undi. Mereka mendakwa mahu mengundi untuk anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan mereka," katanya.
Akhbar harian The Star, sebelum ini melaporkan bahawa sebuah firma yang tidak dinamakan tetapi berpangkalan di Eropah, dengan 25 tahun pengalaman di 40 negara, menjalankan ujian ke atas dakwat kekal dan mendapati bahawa ia boleh ditanggalkan dengan mudah.
No comments:
Post a Comment