Monday, October 31, 2011

PBB: Manusia ke-7 Bilion Lahir Hari Ini

31 Oktober 11



Pertubuhan Bangsa-Bangsa menyebutkan bahawa bayi yang menjadi warga dunia yang ketujuh bilion akan lahir pada Isnin 31 Oktober 2011. Dalam laporan yang berjudul Kondisi Populasi Dunia 2011, jumlah penduduk dunia yang mencapai tujuh bilion itu dinyatakan bukan lagi sekadar krisis saja tapi juga sebagai momen untuk bertindak.

Laporan tersebut -yang diumumkan beberapa hari menjelang lahirnya warga yang ketujuh bilion itu- menyerukan perubahan fokus dalam mengendalikan jumlah penduduk dunia. "Jumlah penduduk dunia akan terus bertambah dan kita bisa mempersiapkan diri untuk itu," kata editor laporan tersebut, Richard Kollodge. "Kita bisa menjamin sebanyak mungkin orang sihat dan sebanyak mungkin orang mendapat akses ke pendidikan."

Di balik pertumbuhan jumlah penduduk dunia, ada sejumlah kemajuan yang menurut PBB perlu disambut dengan gembira, seperti meningkatnya tingkat harapan hidup maupun menurunnya tingkat kelahiran. Tingkat harapan hidup rata-rata saat ini 68 tahun, meningkat dari 48 tahun pada masa 1950-an sementara tingkat kelahiran turun sampai setengah lebih, dari enam menjadi dua setengah 
vivaforum

Monday, October 31, 2011

  Manusia Ke 7 Billion Lahir Ke Dunia Dari Filipina


MANILA: Filipina hari ini meraikan kelahiran bayi ketujuh bilion di dunia secara simboliknya selepas ibunya selamat bayi perempuan di bilik bersalin di sebuah hospital kerajaan di sini.

Bayi seberat 2.5 kilogram bernama Danica May Camacho itu lahir menjelang tengah malam tadi sehingga mendapat liputan meluas media di bilik bersalin di
Jose Fabella Memorial Hospital. "Bayi amat comel dan sihat," kata ibunya, Camille Dalura sambil meriba bayi perempuannya itu.

“Saya tidak percaya bahawa dia adalah bayi ketujuh bilion di dunia," katanya.

Bayi berkenaan adalah anak kedua Dalura bersama pasangannya, Florante Camacho.

Pasangan suami isteri itu bersama bayi berkenaan kemudian menemui pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meraikan bayi mereka itu dengan cek kecil.
Pasangan itu turut menerima hadiah daripada penderma tempatan termasuk geran biasiswa dan pakej ekonomi bagi membolehkan pesangan itu memulakan perniagaan runcit.

Turut menyaksikan peristiwa bersejarah itu ialah budak perempuan berusia 12 tahun, Lorrize Mae Guevarra yang diisytiharkan bagi keenam bilion di dunia pada 1999.

“Saya amat gembira melihat bayi yang comel ini. Saya harap dia sukakan saya dan membesar menjadi anak yang sihat dan disayangi semua orang," katanya.

Bayi berkenaan adalah antara beberapa negara di dunia yang secara simboliknya menyambut kemunculan manusia ketujuh bilion di dunia hari ini. - AFP

No comments:

Post a Comment