Vitaly Grodi, seorang pemandu teksi di Moscow, Rusia yang memandu kenderaannya sambil mabuk dan telanjang bulat, akhirnya ditangkap polis setelah sebelumnya melanggar 17 kendaraan lain. Begitu tertangkap, tubuh Grodi ditutupi dengan jaket polis.
MOSCOW, KOMPAS.com - Seorang pemandu yang mabuk dan telanjang memandu kenderaannya dengan kelajuan tinggi di Moscow pusat, Ahad (30/10/2011). Kenderaannya kemudian melanggar 17 kereta sebelum dihentikan polis yang memburunya di ibu kota Russia tersebut, kata televisyen pemerintah.
"Ketika polis menyuruhnya membuka pintu keretanya, terlihat jelas bahawa ia telanjang bulat," lapor televisyen itu, dengan menunjukkan deretan kereta yang kaca-kaca jendelanya hancur dan bahagian tepinya kemek. Pemandu itu, menurut laporan televisyen Russia, bernama Vitaly Grodi, 40, berasal dari Moldova dan bekerja sebagai pemandu teksi,
Media setempat menunjukkan foto lelaki itu yang tersenyum di kerusi belakang sebuah kereta polis.
Televisyen pemerintah mengatakan, lelaki itu memiliki kadar alkohol "luar biasa tinggi" dalam sistem tubuhnya. Gambar-gambar televisyen menunjukkan para pengemudi tertekan dengan wajah dan tangan yang berdarah duduk di dalam kereta mereka. Namun polis mengatakan, tidak ada yang mengalami luka-luka serius.
"Bahagian paling berbahaya adalah ketika ia (pemandu mabuk) hampir melanggar sebuah bas yang penuh dengan anak sekolah," kata juru cakap polis Gennady Bogachev. Ia menambahkan, empat dari ke-17 kendaraan yang dilanggar adalah kereta polis.
Sumber :ANT
No comments:
Post a Comment