THURSDAY, NOVEMBER 03, 2011
Kira-kira 700 ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengadakan piket di depan Wisma Kesatuan Sekerja, di sini, bagi membantah Pindaan Akta Pekerjaan 1955.
Piket yang diketuai Setiausaha Agung MTUC, Halim Mansor, bermula jam 5.10 petang tadi dengan peserta memegang sepanduk bagi menyatakan bantahan terhadap pindaan akta berkenaan.
Antara sepanduk yang tertera ialah "Martabatkan Pekerja Swasta", "Kerajaan Lupa Sumbangan Swasta" dan "Pindaan Akta Kerja 1955 Rampas Hak Pekerja."
Polis turut ditempatkan di kawasan sekitar termasuk di depan Hotel Hilton Petaling
Jaya bagi mengawal keadaan.
MTUC tidak berganjak untuk meneruskan piket serentak di seluruh negara
membabitkan sekurang-kurang 17 lokasi dikenal pasti untuk menyuarakan
bantahan terhadap pindaan Akta Pekerjaan 1955 yang diluluskan Parlimen
baru-baru ini.
Lokasi terbabit meliputi:
1) Seksyen 15, Shah Alam;
2) Teluk Panglima Garang;
3) Jalan Barat, Petaling Jaya;
4) Bukit Raja, Klang;
5) Sungai Choh, Rawang;
6) Lebuh Raya Persekutuan;
7) Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur;
8) Prai, Pulau Pinang;
9) Jalan Bukit Beruang, Melaka.
10) Padang Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan;
11) Depan bangunan MTUC Negeri Perak;
12) Padang Masjid Negeri, Kuantan, Pahang;
13) Depan Pusat Dagangan Kota Bharu, Kelantan;
14) Jalan Skudai, Johor;
15) Mergong, Kedah;
16) Kuching, Sarawak;
17) Jalan menuju ke Wisma Merdeka, Sabah.
Presidennya, Mohd Khalid Atan, semalam berkata dianggarkan antara
500 hingga 1,000 ahli MTUC dan pekerja sektor swasta akan menyertai
piket di setiap lokasi terbabit yang dijadualkan bermula jam 5 petang
hingga 6.30 petang.
Katanya, MTUC menetapkan semua piket berkenaan diadakan secara
aman dan setempat tanpa sebarang agenda perarakan mahu pun
ceramah, terutama berunsur politik.
Antara bantahan pindaan Akta Pekerjaan 1955 ini adalah mengenai kontraktor tenaga kerja yang diwujudkan dan mengembalikan sistem kontrak yang telah dihapuskan
apabila Akta Pekerjaan 1955 ini digubal dulu.
MTUC menegaskan dengan pindaan itu kedudukan pekerja menjadi tidak tetap dan
tiada jaminan pekerjaan, selain mendapat kadar gaji yang sama tanpa kenaikan atau bonus, termasuk faedah lain.
JALAN PULANG
No comments:
Post a Comment