Saturday, November 5, 2011

PPSMI: Mahathir tak wajar masuk campur

Khairil Abdul Rahim   
TEMERLOH, 5 Nov: Kenyataan Tun Dr Mahathir
Mohamad yang seolah-olah meminta Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak supaya menghalang timbalannya,
Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada memansuhkan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains  dan Matematik
Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dianggap
cuba masuk campur.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim
Tuan Man  (gambar)melihat kenyataan bekas
Perdana Menteri yang  dianggap masih berpengaruh
dalam Umno dan kerajaan itu,
hanya akan mengusutkan lagi keadaan.
“Dr Mahathir sudah berkhidmat sebagai perdana menteri selama
22 tahun dan dasar perubahan dalam pendidikan PPSMI diperkenalkan
oleh pentadbirannya. Maka setelah dibuat kajian, ratusan ribu pelajar
Melayu didapati menjadi mangsa iaitu tercicir
 dalam pelajaran teras tersebut.
“Jadi apabila Menteri Pelajaran membuat keputusan untuk menghapuskan
PPSMI dan kembali kepada bahasa ibunda, beliau (Dr Mahathir) tidak
sepatutnya dilihat cuba mempengaruhi keputusan yang telah dibuat
 menteri betanggungjawab itu,"
ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Mahathir dalam kenyataan di Langkawi kelmarin bahawa Perdana Menteri masih
 boleh menghalang Muhyiddin memansuhkan PPSMI.
Beliau dipercayai memberi respons kepada Muhyiddin yang berkata keputusan
 kerajaan memansuhkan dasar PPSMI muktamad walaupun cuba didesak oleh
beberapa pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page).
Muhyiddin juga menolak sebarang perbincangan lagi memandangkan kerajaan
sudah pun memutuskan bagi memansuhkan dasar itu pada tahun 2009 dan ia
berbetulan dengan keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat
Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
"Pelajar Melayu luar bandar sudah lama tertinggal walaupun terpaksa menunggu
sistem tersebut kembali kepada Bahasa Melayu. Mereka tidak wajar terus menjadi
mangsa kepada eskperimen yang sudah jelas menjejaskan pencapaian mereka
seperti yang telah terbukti diakui oleh Menteri Pelajaran.
“Setelah beberapa tahun PPSMI diperkenalkan oleh Dr Mahathir, didapati ratusan
 ribu generasi pelajar menanggung kerugian kerana gagal menguasai mata pelajaran
yang penting untuk berjaya melanjutkan pelajaran kepada yang tahap lebih tinggi.
Pada masa yang sama tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid
adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.
“Justeru sudah jelas PPSMI hanya membawa kerugian kepada bangsa Melayu.
Oleh yang demikian, PAS Pahang menentang sebarang cubaan menghidupkan
 semula PPSMI, termasuk cubaan Dr Mahathir untuk mempengaruhi Najib,”
jelas Tuan Ibrahim.
 harakahdaily

No comments:

Post a Comment