Harian Metro
Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Wan itu menemui mayat bapanya Wan Hock Pin, berusia 60-an, pada kira-kira pukul 1 pagi setelah pergi ke rumah bapanya yang tinggal seorang diri.
Katanya beliau tidak menghubungi bapanya selama tiga minggu lepas kerana beranggapan bapanya pergi ke luar negara setelah tidak menjawab panggilan telefon sebelum itu.
"Saya fikir bapa tiada di rumah kerana ke luar negara (China dan Singapura) untuk melawat saudara mara kerana bapa sering ke sana. Lagipun setahu saya dia sentiasa sihat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.
Mayat itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan tanpa berpakaian berhampiran tandas dan sebahagian tubuh badannya telah reput. - Bernama
No comments:
Post a Comment