Tuesday, March 20, 2012

Campur tangan kes Felda, jawapan diberi di parlimen


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau akan menjawab dakwaan terdapat campurtangan politik dalam isu Felda yang dirujuk ke mahkamah di parlimen dalam masa terdekat.

NONE"Saya akan jawab bila (sesi) menjawab (di parlimen) nanti," katanya yang enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu pada masa itu.

Beliau diminta mengulas dakwaan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, semalam yang mendakwa kerajaan cuba mempengaruhi hakim yang membicarakan kes-kes yang membabitkan Felda.

Saifuddin berkata dakwaannya itu berasaskan minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang diadakan di bangunan Parlimen pada 27 Jun tahun lalu.

Beliau juga menunjukkan kepada wartawan, satu salinan minit mesyuarat berkenaan dengan tertera perenggan yang kontroversi itu.

NONE"Bagi kes yang melibatkan kadar perahan minyak (oil extraction rate ‘OER’), di mana-mana kedua-dua kes masih belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER.

"Pastikan Felda memenang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya."

No comments:

Post a Comment