Monday, March 12, 2012

Lelaki yang tinggalkan ibunya di hotel bajet mohon bawa ibu pulang

Harian Metro
yusmizal@hmetro.com.my
 
KUALA LUMPUR: Amir Mohd Omar, 27, pemuda yang mendakwa terpaksa meninggalkan ibunya yang uzur di sebuah hotel bajet di Kampung Baru 3 Mac lalu dijangka dipertemukan dengan wanita itu dalam masa terdekat, sekali gus merungkai segala masalah yang timbul.
Setakat ini, segala proses berkaitan termasuk mendapat perintah mahkamah bagi membawa keluar bekas guru al-Quran itu sedang disusun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan dan mereka akan berbincang mengenai perancangan susulan yang akan diambil.
KESEORANGAN...Faridah yang ditinggalkan anaknya.
Pegawai Bahagian Unit Warga Tua dan Keluarga JKM, Junaidah Jahid, berkata pihaknya menerima permohonan daripada Amir untuk membawa ibunya keluar dari Pusat Sehenti jabatan itu di Sungai Buloh Jumaat lalu, namun ia perlu ditangguhkan seketika sementara menantikan perintah mahkamah.

Katanya, mengikut prosedur biasa, JKM mengambil kira keperluan untuk mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum menyerahkan Faridah Maulud, 66, semula kepada anaknya selain perlu menjalankan siasatan penuh bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.

“Amir sendiri ada berhubung dengan JKM dan menyatakan hasratnya itu, namun hasratnya itu hanya dapat dipenuhi selepas mendapat kebenaran mahkamah kerana dengan perintah itu juga ibunya ditempatkan di bawah jagaan JKM sejak Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

No comments:

Post a Comment