Pasir Gudang: Rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, di sini sejak Khamis lalu disahkan sebagai kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 12 hari lalu.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin selepas ujian DNA dijalankan.
"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi.
Sebelum ini dilaporkan polis telah menahan beberapa orang suspek bagi membantu siasatan kehilangan Nur Nadirah termasuk bapa kandungnya.
Ibu Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang, Roselyn Alan, 25, berkata, bekas suaminya yang menetap di Klang, Selangor, masih direman sejak Khamis lalu bagi membantu siasatan polis.
Menurut Roselyn, dia dan bekas suaminya yang berusia 30-an itu berpisah pada 2008 secara baik tanpa sebarang persengketaan.
“Sejak berpisah, kami sentiasa berhubung dan tidak wujud langsung pertikaian berkaitan penjagaan anak.
“Malah, dia sering bertanya khabar melalui telefon dan menemui anak jika mempunyai masa lapang,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan suami baru pada 2010 sebelum melahirkan Ainul Suhada yang kini berusia dua bulan.
Menurut Roselyn, sejak kehilangan Dirang, bekas suaminya datang ke Johor bagi membantu mengesan anak kedua mereka.
“Dia juga memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan, saya yakin bekas suami tidak terbabit,” katanya yang ditemui selepas menerima kunjungan isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofia di kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, semalam.
Mengulas kehadiran Raja Zarith Sofia, Roselyn mengakui terkejut dan dalam masa sama gembira.
“Saya berasa amat terharu dan berterima kasih di atas keprihatinan Raja Zarith Sofia yang memberi semangat kepada kami sekeluarga untuk terus tabah,” katanya.
Ulasan GB
Al-fatihah untuk arwah adik Nurul Nadhirah dan takziah buat keluarganya terutama kepada ibunya, Roselyn, semuga dikurniakan Allah kekuatan dan ketabahan menumpuh ujian....
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

No comments:
Post a Comment