Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) hari ini menunut agar Yang
di-Pertuan Agong tidak memperkenan permohonan pembubaran Parlimen selagi
penyiasatan berhubung isu task force pemberian IC tidak selesai.
"Kita menuntut agar Tuanku tidak memperkenankan pembubaran parlimen
sehingga Suruhanjaya Diraja selesai menjalankan siasatan dan mengambil
tindakan yang perlu bagi membersihkan daftar pemilih daripada warga
asing yang mendapat kerakyatan melalui pasukan khas ini," katan
pengerusinya Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum
serta semua bukti berhubung dakwaan wujudnya task force IC itu kepada
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.
Selain itu Mahfuz juga turut memohon agar Tuanku menitahkan
penggantungan tugas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam task
force itu.
Terdahulu Mahfuz mengetuai penyerahan memorandum dan bukti itu kepada
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad di pejabat
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Jalan Bukit Petaling di sini.
Selain melampirkan nama-nama mereka yang menganggotai task force itu,
turut diserahkan hari ini sebahagian daripada 175,388 nama pemilih di
seluruh negara yang tiada rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Turut dikemukakan juga sebanyak 17,000 nama yang mempunyai nombor kod
kelahiran 71 yang bukan berbangsa Melayu, Cina mahupun India.
Selain itu sejumlah nama yang ada dalam daftar pemilih yang didakwa
terdiri daripada warga Nepal, Myanmar dan Filipina turut diserahkan.
Menurut Mahfuz, dengan penyerahan bukti-bukti itu, Majlis Raja-Raja dan
juga Yang di-Pertuan Agong diharap berkenan untuk menubuhkan satu
Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu.
"Kita juga turut mencadangkan Tuanku melantik Bekas Hakim Mahkamah
Tinggi Datuk Muhammad Kamil Awang untuk mengetuai suruhanjaya ini
berdasarkan pengalaman dan keberanian beliau, atau mana-mana individu
yang diyakini oleh Sri Paduka Baginda," katanya lagi.
Turut serta dalam penyerahan dan pertemuan sebelum itu adalah pimpinan
serta ahli parlimen PAS termasuk Salahudin Ayub, Datuk Kamaruddin
Jaffar, Dr Siti Mariah Mahmud, Mohd Firdaus Jaafar, Adram Musa serta dua
orang peguam yang menganggotai jawatankuasa API.
Sumber -
RM
No comments:
Post a Comment