sinar
23 April 2012
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata suspek berumur antara 20 dan 30 tahun itu ditangkap di Subang Jaya, semalam.
Tangkapan terbaru itu menjadikan jumlah yang ditahan setakat ini empat orang, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Suspek pertama ditahan pada hari kejadian di Dataran Merdeka, sejurus selepas serangan.
Mohmad berkata tiga suspek terbabit terdiri daripada dua penganggur dan seorang tukang kimpal.
Kesemua suspek ditahan reman sehingga 25 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Merusuh), katanya.
Dalam kejadian awal pagi Khamis lepas, satu kumpulan yang menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mendakwa diserang sekumpulan yang tidak dikenali di Dataran Merdeka ketika berkhemah secara haram di situ.- Bernama
No comments:
Post a Comment