Korea Selatan – Seorang wanita berusia 63 tahun terkejut selepas mendapati mulutnya menjadi `rumah tumpang’ bagi 12 anak sotong selepas dia makan sotong kurita.
Dia menyedari perkara
berkenaan selepas membuat pemeriksaan doktor selepas mendapati ada benda
yang menyucuk-nyucuk di dalam mulutnya.
Perkara tersebut
didedahkan dalam dokumen sains di Pusat Bioteknologi dan Maklumat
Kebangsaan di Bethesda, Maryland.
Menurut laporan tersebut,
selepas merasakan ada benda tajam di dalam mulutnya, dia terus menemui
doktor untuk membuat pemeriksaan.
Doktor kemudian menemui
telur sotong melekat di dalam mulutnya terutama di bahagian lidah, gusi
dan pipinya.
Setelah dimasukkan ke
dalam hospital, barulah anak sotong itu dikeluarkan daripada bahagian
berkenaan.
Doktor menggambarkan telur
sotong itu sebagai organism hidup.
Laporan itu menyebut, wanita itu tidak makan semua hidangan sotong yang dimasaknya selepas mendapati ada benda asing di dalam sotong tersebut.
Laporan itu menyebut, wanita itu tidak makan semua hidangan sotong yang dimasaknya selepas mendapati ada benda asing di dalam sotong tersebut.
Walaupun dia meludahkan semula sotong itu, namun sebahagian kecil
telur telah melekat di dalam mulutnya tanpa disedari oleh wanita
tersebut.
Kebiasaannya restoran yang
memasak sotong kurita akan membuang bahagian dalam sotong tersebut
sebelum dihidangkan kepada pelanggan.
No comments:
Post a Comment