myMetro
BAYI malang
dirawat di hospital tempatan di Anshan, Liaoning.
BEIJING: Seorang bayi baru
lahir yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah dengan
kesan kelar di leher dilaporkan semakin pulih, semalam.
Bayi perempuan itu
ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang
lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik
berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.
Penduduk tempatan
menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan
keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih
bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.
“Seluruh tubuhnya
berlumuran darah akibat kesan kelar di lehernya,” katanya. Polis
berkata, doktor yang merawat bayi terbabit mendapati dia mengalami
kecederaan parah akibat kelaran sepanjang lima sentimeter itu.
“Luka itu begitu
dalam sehingga mencederakan saluran pernafasan bayi terbabit,” katanya.
Doktor pula berkata, bayi malang itu mungkin mati serta-merta jika luka
berkenaan terkena lebih dalam.
Sumber berkata,
bayi terbabit mungkin mangsa dasar mengehadkan setiap keluarga memiliki
seorang anak yang diamalkan di China.
Ia juga mungkin
didorong kecenderungan pasangan suami isteri China yang gemar memiliki
anak lelaki berbanding perempuan. Dipercayai bayi berkenaan lahir
pramatang dan mungkin berusia antara 32 dan 24 minggi.
-DM-
No comments:
Post a Comment