KALYANI DAS (kiri) merantai tangan
suaminya pada tingkap sebuah kereta api semasa dia dalam perjalanan ke
Kolkata dari kampung Mallickpur, India baru-baru ini.
NEW DELHI - Seorang isteri, Kalyani Das bertindak untuk merantai tangan
suaminya yang telah dikahwininya selama 50 tahun.
Das yang berusia 60 tahun akan merantai tangan suaminya yang sakit
mental itu, Pachugopal yang berumur 65 tahun.
Menurut wanita itu, suaminya mengalami masalah sakit mental kerana
masalah keluarga yang dihadapinya kira-kira tujuh tahun lalu.
Kalyani bekerja di sebuah warung tepi jalan dengan memperoleh pendapatan
AS$1.05 (RM3.31) sehari.
Menurutnya, dia berharap suaminya akan meninggal dunia bagi membolehkan
penderitaannya hidup bersamanya berakhir.
Dia berkahwin semasa umurnya 10 tahun.
Kalyani akan merantai tangan suaminya yang dibawa pergi ke tempat
kerjanya bagi mengelak dia melarikan diri dan menderanya semasa dia
sedang bekerja.
Kaki Pachugopal juga dirantai di tepi sebuah bangunan semasa isterinya
sedang bekerja.
Dia merantai tangan suaminya pada tingkap semasa mereka menaiki sebuah
kereta api dari kampung Mallickpur ke tempat kerjanya di Kolkata. -
Reuters
No comments:
Post a Comment