Salam sejahtera... Program realiti Big Brother versi Brazil mencetuskan
kegemparan di negara tersebut apabila salah seorang pesertanya dirogol
secara langsung di dalam kaca televisyen. Model, Daniel Echaniz dituduh
mengambil kesempatan meratah tubuh pesaingnya, Monique Amin selepas
berakhirnya satu program keramaian.
Dalam episod terbaru Big Brother Brasil itu, yang disaksikan kira-kira
lapan juta penonton, menunjukkan Echaniz naik ke katil Monique sewaktu
wanita tersebut sedang tidur dalam keadaan mabuk. Kemudian, dia
menggeselkan tubuhnya dengan wanita itu sebelum berselimut. Monique yang
berusia 23 tahun itu dikatakan tidak begitu sedar terhadap kejadian
yang menimpa dirinya kesan daripada pengaruh alkohol.
Echaniz akhirnya disingkirkan serta-merta dari rancangan realiti
tersebut dan bakal berhadapan hukuman penjara di antara enam ke 10 tahun
jika disabitkan dengan kesalahan.
Cananglanie
links
No comments:
Post a Comment