Menteri
Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak percaya bahawa kajian yang
menyatakan bahawa anak bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir
adalah calon MB popular bakal memporak-perandakan BN.
Akhbar Sinar
Harian hari ini memetik Azizan sebagai berkata, keputusan kajian
Universiti Utara Malaysia tersebut sebaliknya bakal memberi kelebihan
kepada PAS.
"Pemimpin BN asyik berkhayal siapa layak jadi menteri
besar jika layak berkuasa. Selepas itu kem masing-masing mula mencantas
pemimpin lain yang disenaraikan lebih awal.
"Ini satu kelebihan bagi PAS Kedah," katanya mengulas kajian yang dibentangkan dalam satu program Majlis Profesor Negara pada Rabu lalu.
Laporan tersebut menyebut bahawa Mukhriz merupakan calon menteri besar paling popular sekiranya BN berjaya merampas kembali pentadbiran Kedah.
Kajian itu membandingkan peluang Mukhriz dan tiga lagi pemimpin Umno Kedah – ketua perhubungannya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, ketua penerangan Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan ketua pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

No comments:
Post a Comment