sinar harian
30 Julai 2012
30 Julai 2012
SHAH ALAM - Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif
pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di
kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah
akibat lehernya dijerut.
Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat
ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan
mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan
di sekeliling leher mangsa.
"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya
menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara
itu," katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota
keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15
malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Suspek akan direman petang ini.
Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
kerana menyebabkan kematian.
Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu
oleh suaminya pada kira-kira 7 malam.
Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan
ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum
membawa turun mayat isterinya.
Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung
kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia
ketika ditemui polis.
Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai
seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama
No comments:
Post a Comment