Friday, July 27, 2012

Rating Najib Jatuh Lagi

re

Kedudukan rating Perdana Menteri, Najib Altantuya merosot sedikit - daripada 65 peratus pada bulan Mei kepada 64 peratus pada bulan Jun - berikutan kemerosotan ketara dalam kepuasan di kalangan masyarakat Melayu dan India terhadap prestasinya.

Berdasarkan tinjauan akhir bulan Jun oleh Merdeka Centre, kepuasan responden masyarakat Melayu terhadap prestasi Najib adalah 75 peratus - merosot empat peratus dari bulan Mei - dan 69 peratus bagi responden kaum India -  turun tiga peratus.

Kedudukan rating keseluruhan akan menjadi lebih rendah sekiranya tidak kerana responden dari kalangan kaum Cina, di mana 42 peratus berpuas hati dengan prestasi Najib - naik lima peratus daripada bulan sebelumnya.

Kedudukan rating Najib daripada responden Cina telah menjunam pada bulan Mei sebanyak 19 peratus, kepada hanya 37 peratus, dipercayai kerana dipengaruhi oleh cara kerajaan mengendalikan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Menurut Merdeka Centre, kedudukan rating Najib kekal positif dan stabil pada keseluruhan tetapi rasa puas hati terhadap kerajaan beliau, turun enam peratus, dengan hanya 42 peratus responden mendakwa "mereka gembira dengan kerajaan".

Najib PM Terakhir Umno-APCO?

Oleh Aspan Alias

Wilfred Bumbering dan Lajim Hj Okin telah menampakkan yang mereka akan keluar dan berpisah dari Barisan Nasional (BN).

Perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran oleh Wilfred memperkuatkan lagi keyakinan yang Timbalan Presiden UPKO itu akan menyertai pilihan raya umum kali ini (PRU13) sebagai salah seorang calon Pakatan Rakyat.

Tindakan kedua-dua pemimpin Sabah ini pastinya memberikan tamparan hebat terhadap BN dan kita mengagakkan yang PRU13 akan ditunda lagi ke tarikh yang lain dan tidak akan diadakan pada bulan September seperti yang dispekulasikan oleh banyak pihak.

BN kian hari kian malang dan segala petunjuk politik menggambarkan yang BN sudah sampai masa untuk diketepikan oleh rakyat.

BN di Sabah sudah tidak lagi ada keupayaan untuk diperbaiki kerana pertelingkahan di antara parti-parti di dalam BN Sabah bukannya kecil.

Krisis keyakinan terhadap Ketua Menteri yang merupakan pengerusi BN Sabah menambah lagi kegentingan BN dan beliau juga merupakan ‘liability’ kepada Umno dan BN Sabah.

Banyak pihak yang mengatakan sebanyak 12 kerusi parlimen di Sabah akan kecundang pada PRU13 dan jika benar berlaku ia merupakan penambahan sebanyak 11 kerusi daripada satu yang sedia ada untuk pembangkang.

Apa pun orang hendak kata, Sabah sudah tidak lagi bertahan untuk menjadi ‘fixed deposit’ bagi BN pada PRU13.

Setiap parti dalam komponen BN di Sabah dan di Semenanjung sedang menghadapi masalah dan segala masalah ‘intra-party’ ini ditambah pula dengan masalah ‘inter-party’ yang kian meruncing.

MCA, Gerakan, MIC sudah tidak relevan

Kita perlu ingat di Semenanjung BN akan hanya tinggal saki baki Umno sahaja selepas PRU ini kerana komponen terbesarnya MCA akan menghadapi kekalahan yang menyeluruh.

Dalam pada itu Gerakan sudah tidak relevan lagi dan MIC dijangka akan kalah dalam semua kerusi yang mereka tandingi.

Oleh itu saya tidak dapat hendak ‘comprehend’ apa yang dikatakan oleh Najib Altantuya di Melaka baru baru ini yang BN akan menang di semua negeri dan BN akan menang dengan aggregate 14-0.

Cakap-cakap itu menggelikan hati ramai pemerhati politik negara ini. Tetapi tidak mengapalah.

Najib Altantuya bukan kali itu sahaja yang bercakap tidak berasas dan itu sememangnya dilakukan beliau acap kali akhir-akhir ini.

Perkembangan terakhir di Sabah ini menambah keyakinan setengah pihak yang Najib Altantuya dan seluruh kepimpinan beliau sedang menghadapi krisis keyakinan yang tersangat berat.

Keadaan ini merupakan situasi yang belum pernah lagi dialami oleh BN sejak memerintah selama lebih dari lima dekad ini.

Maka keyakinan setengah pihak yang mengatakan Najib Altantuya merupakan Perdana Menteri BN yang terakhir nampaknya semakin hampir menjadi kenyataan. – aspanaliasnet.blogspot.com
JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment