(Oleh
Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 26 Julai: Wartawan Merdeka Review, Chen Shaua
Fui, 34, menyaksikan polis bertindak ganas terhadap peserta Bersih 3.0
di sebuah restoran di Jalan Tun Perak, pada perhimpunan itu 28 April
lalu.
Saksi ke-15 sidang keenam siasatan
awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) itu berkata, pada kejadian
jam 7.30 malam itu, polis mengheret dan memukul dua peserta Bersih yang
sedang makan.
“Saya mahu ambil gambar tetapi dihalang. Saya beritahu mereka, saya
adalah wartawan. Saya menunjukkan kad media kepada mereka tetapi mereka
tidak mempedulikannya.
“Saya terus diberi amaran supaya tidak berbuat demikian. Saya
kemudian akur dengan arahan itu,” katanya semalam depan tiga panel yang
diketuai Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya
Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
Selepas itu, polis pergi ke restoran lain kemudian memukul dan
mengarahkan dua lagi pelanggan yang sedang makan menanggalkan baju
Bersih.
Chen berkata, ketika mahu mengambil gambar sekali lagi, dua polis
memegang kedua-dua belah tangannya.
Malah polis juga cuba merampas kamera, kad media dan menendang kad
pengenalannya.
Chen kesal kerana sepanjang 10 tahun menjadi wartawan, beliau tidak
pernah dihalang mengambil gambar dan dikasari polis.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
No comments:
Post a Comment