7 Ogos 2012
TEMERLOH - Lapan peneroka memfailkan saman terhadap Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan perkataan ‘haram jadah’ yang
digunakan beliau ketika berucap mengumumkan durian runtuh di Felda
Jengka 8, 8 Mei lalu.
Kesemua mereka hadir ke Mahkamah Tinggi Temerloh di sini, hari ini
memfailkan saman tersebut melalui peguam Mohd Harris Abdullah.
Plaintif terdiri daripada Samat Yusof dari Jengka 4, Alias Ibrahim
(Jengka 15), Idris Mat Sah (Jengka 14) dan Syed Jamaluddin Syed Muhamed
(Felda Jengka 17) manakala empat lagi dari Felda Jengka 15 iaitu Abdul
Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong.
Berdasarkan tuntutan plaintif, mereka mendakwa kesemua 40,000 peneroka
yang hadir pada pengumuman durian runtuh di Felda Jengka 8, pada 8 Mei
lalu akan terpengaruh dengan ucapan Perdana Menteri itu.
Mohd Harris berkata, dalam ucapan tersebut, Najib mengeluarkan
perkataan ‘haram jadah’ yang menggambarkan lapan peneroka yang telah
memulakan tindakan mahkamah menghalang penyenaraian Felda Global
Ventures Holdings Berhad.
Menurutnya, ucapan mengaibkan dan penghinaan yang diucapkan defendan
telah menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan sesama masyarakat
Felda sehingga plaintif dipulaukan.
“Plaintif menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, faedah
lima peratus setahun, kos tindakan dan lain-lain seperti mana yang
ditaksirkan oleh mahkamah nanti,” katanya, hari ini.
No comments:
Post a Comment