KUALA
LUMPUR 8 Ogos: Kesemua empat negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) akan
menggunakan tema yang sama iaitu ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ bagi
sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 pada tahun ini.
Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk
Mustafa Ali, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sepakat
menggunakan tema tersebut secara bersama dan tidak lagi menggunakan tema
pilihan bagi negeri masing-masing sebagaimana yang diputuskan sebelum
ini.
Menurut beliau, keputusan Pakatan menggunakan tema tersebut kerana
menentang tema ’55 Tahun Merdeka Janji Ditepati’ yang ditetapkan
Kerajaan Persekutuan.
Sebelum ini, Pakatan mendesak Kerajaan Persekutuan menukar tema
berkenaan kerana dijadikan kempen Umno BN
Mustafa berkata, pemilihan tema oleh Pakatan lebih inklusif, ada
semangat kebersamaan, merangkumi sentimen dan jiwa seluruh rakyat
Malaysia.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid
Ibrahim dalam sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan
Exco petang tadi berkata, Kerajaan Selangor memutuskan untuk
menggunakan tema rasmi Pakatan Rakyat itu.
Short URL:
http://www.keadilandaily.com/?
No comments:
Post a Comment