BN
telah menimbulkan perasaan benci dan permusuhan di kalangan rakyat
Pulau Pinang dengan permainan politik perkauman ekstremis yang
menyemarakkan sentimen perkauman dan agama.
BN menuduh PR anti-Islam walaupun peruntukan hal ehwal Islam ditambah
berlipat ganda berbanding dengan kerajaan dahulu dan juga bahawa PR
anti-bukan Islam bila hanya di bawah kuasa BN, kuil Hindu atau tokong
Cina dirobohkan.
Kini disusuli dengan fitnah terhadap dasar kerajaan negeri dan juga
serangan peribadi ke atas pemimpin PR dan juga ahli keluarga mereka.
Bukan sahaja Ketua Menteri Pulau
Pinang Lim Guan Eng dan ahli keluarganya termasuk anak 15 tahun difitnah
malah keselamatan peribadi Ketua Menteri juga terancam tanpa sebarang
tindakan oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang bertanggungjawab.
Terbaru muncul pula serangan peribadi Pengerusi BN Pulau Pinang Teng
Chang Yeow terhadap Ketua Menteri, Ahli-ahli EXCO Chow Kon Yeow, Wong
Hon Wai, Phee Boon Poh, Danny Law dan Setiausaha Politik Ketua Menteri
Ng Wei Aik dituduh mempunyai kepentingan peribadi kerana mempertahankan
keputusan kerajaan negeri membina hospital di Jalan Zainal Abidin.
Kita mencabar Teng menunjukkan bukti dan beliau tidak boleh bertindak
macam budak-budak yang baling batu sembunyi tangan,
Fitnah sebegini adalah satu perbuatan jahat,tidak bertanggungjawab
dan tidak bermoral kerana pemimpin PR tidak ada kepentingan peribadi
dalam hospital tersebut dan meluluskannya semata-mata mahu mengembangkan
industri pelancongan perubatan di Pulau Pinang.
Dalam isu ini Teng juga membuat fitnah lain bahawa:-
- Lesen hospital swasta penuh telah diluluskan kepada pemohon di
Jalan Zainal Abidin sebenarnya hanya surat tanpa halangan diterima pada
12.7.2012 dan bukanlah lesen.
- Bangunan 30 tingkat diluluskan sebaliknya Majlis Perbandaran Pulau
Pinang (MPPP) tidak pernah meluluskannya
- Kerajaan BN memperuntukkan tapak Jalan Zainal Abidin seluas 0.4
hektar untuk perumahan padahal tidak ada suatu pengumuman dalam
suratkhabar oleh kerajaan BN sebelum ini. Sebaliknya kerajaan PR
memperuntukkan tanah lebih luas sebanyak 4.2 hektar di Jalan S.P.
Chelliah iaitu hampir 10 kali ganda lebih besar untuk perumahan mampu
milik.
Sebelum ini Teng membuat fitnah bahawa kerajaan negeri akan membantah
pengswastaan Pelabuhan Pulau Pinang tetapi projek masih ingin
diteruskan.
Teng juga berjanji lesen penjaja dimansuhkan tetapi hakikatnya BN tak
pernah kurangkan satu sen semasa berkuasa berbanding dengan pengurangan
50% lesen penjaja di bawah PR.
Malah pemansuhan lesen penjaja tidak pun dilaksanakan baik dalam
negeri di bawah pemerintahan BN mahupun oleh kerajaan persekutuan.
Mengapa pula Teng tidak pula mencadangkan cukai individu dihapuskan
sama sekali.
Yang lebih memalukan adalah kenyataan bahawa kerajaan negeri boleh
membatalkan projek bukit yang diluluskan kerajaan negeri dan beliau
bersedia melihat Pulau Pinang jadi bankrap semata-mata untuk memelihara
bukit dan alam sekitar.
Adakah BN mahu paksa PR bankrapkan
negeri Pulau Pinang sekiranya BN tidak berupaya menang balik Pulau
Pinang dengan fitnah, politik ekstremis kaum dan agama?
Sehingga kini Teng bersikap mengelak,membisu dan enggan menjawab
skendal keuntungan besar 2 pemimpin tertinggi UMNO Pulau Pinang
sebanyak RM5 juta hasil penjualan 10 ekar tanah milikan 31 tuanpunya
Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau.
Biasanya komisen tanah broker adalah 2% tetapi telah jadi 57% dalam
kes ini.
Keuntungan RM 5 juta dalam 3 bulan setengah mempertikaikan
kesungguhan BN membela rakyat bila pemimpin UMNO lebih berminat untung
besar atas jadi broker penjualan tanah orang kampung Melayu.
*** Kenyataan Akhbar Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Dato
Mansor Othman Di Komtar, George Town Pada 7.8.2012.
Short URL:
http://www.keadilandaily.com/?
No comments:
Post a Comment