August 06, 2012
KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk
Saifuddin Abdullah (gambar) hari ini menolak tawaran
menyertai Pakatan Rakyat (PR) oleh "Datuk Seri Anwar Ibrahim" yang
dikemukakan kepada beliau menerusi laman Twitter miliknya.
Pelawaan itu bagaimanapun turut ditolak Saifuddin menggunakan akaun
Twitter dengan menyebut,"Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya
jawablah."
Tawaran menyertai PR itu bagaimanapun dibuat
oleh satu akaun Twitter palsu menggunakan alamat @anwaribrrahim
sedangkan akaun Twitter Ketua Pembangkang yang sebenar ialah
@anwaribrahim.
Dipetik Sinar Harian Online, Saifuddin menegaskan beliau
terpaksa menjawab entri akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya,
lebih-lebih dalam keadaan sekarang.
"Kalau saya tidak jawab, saya kenalah," kata beliau lagi sambil
menjelaskan menerusi satu lagi mesej bahawa "palsu atau tidak, saya
masih kena jawab."
Ibu Pejabat PKR turut dilihat membuat penjelasan berhubung perkara
itu bagi mengelakkan kekeliruan terus berlaku.
"Sila ambil maklum akaun ini @anwaribrrahim adalah palsu -- akaun
sebenar Ketua Pembangkang ialah @anwaribrahim #pkrhq," kata Penolong
Setiausaha Agung, Sharifah Shahidah dari ibu pejabat PKR.
Saifuddin turut membalas mesej Anwar dengan berkata, "terima kasih
atas penjelasan - gentleman."
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment