6 Ogos 2012
SHAH ALAM – Di sebalik desas-desus lompat parti yang menjadi perhatian
banyak pihak, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin
Abdullah hari ini menolak 'tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim', yang
dikemukakan kepada beliau menerusi mikro blog Twitter.
"Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah," kata Saifuddin
sekitar jam 11 pagi tadi.
Bagaimanapun tawaran itu dipanjangkan kepada beliau menerusi satu akaun
palsu yang menggunakan nama Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).
Akaun palsu itu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan alamat
Anwar yang sebenar ialah @anwaribrahim.
Tawaran sedemikian muncul ketika arena politik tempatan sekali lagi
diselubungi spekulasi bahawa akan ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN)
akan keluar parti sama ada untuk menyertai PR ataupun bertindak sebagai
parti mesra perikatan itu.
Ia semakin ketara selepas perkembangan di Sabah lebih seminggu lalu.
Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau terpaksa
menjawab entri akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya, lebih-lebih
dalam keadaan sekarang.
"Kalau saya tidak jawab, saya kenalah," kata beliau lagi sambil
menjelaskan menerusi satu lagi mesej bahawa "palsu atau tidak, saya
masih kena jawab."
Ibu Pejabat PKR juga membuat penjelasan bahawa akaun @anwaribrrahim
adalah palsu.
"Sila ambil maklum akaun ini @anwaribrrahim adalah palsu - akaun
sebenar Ketua Pembangkang ialah @anwaribrahim #pkrhq," kata Penolong
Setiausaha Agung, Sharifah Shahidah dari ibu pejabat PKR.
Saifuddin juga membalas mesej Anwar dengan berkata, "terima kasih atas
penjelasan - gentleman."
Akaun @anwaribrrahim setakat tengah hari ini telah mengeluarkan lebih 70 tweet.
Akaun @anwaribrrahim setakat tengah hari ini telah mengeluarkan lebih 70 tweet.
No comments:
Post a Comment