Saman
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terhadap enam peserta BERSIH
yang didakwa menyebabkan kerosakan harta-benda awam semasa protes
BERSIH 3.0 di Melaka, hampir dibatalkan apabila peguam MBMB lewat tiba
di mahkamah.
Kerana ketiadaan
peguam plaintif, Zahari Affendi (kanan) pada pagi ini, Hakim Mahkamah
Sesyen Melaka Abu Bakar Katar bertanya sama ada defendan mahu
membatalkan kes itu.
Ketika itu, peguam defendan J Armadas memohon penangguhan sebentar untuk memberi masa kepada Zahari.

Kes
itu dibenar diteruskan selepas Zahari tiba sejurus kemudian, tetapi
timbul satu lagi masalah selepas didapati hanya seorang sahaja daripada
enam defendan - Ketua Wanita MCA negeri Datuk Kian Sit Har - yang telah
diserahkan saman.
Lima lagi yang belum diserahkan saman ialah Khoo Poay Tiong, Philip Chua, Yuhaizad Abdullah, Halim Bachik dan Abd Ghani Abd Rahman.
Kecuali Kian dan Chua yang telah melantik peguam bagi kes itu, yang lainnya yang hadir di mahkamah hari ini dengan memakai kemeja-T BERSIH, mengadu mereka tidak boleh melantik peguam kerana belum menerima saman. Abd Ghani tidak hadir kerana tidak sihat.
"Kami hanya melihat nama kami
dalam akhbar. Kami tidak tahu sama ada saman ini merujuk kepada kami
atau tidak, tiada nombor (MyKad) atau alamat, "kata Khoo (kiri), yang
juga ADUN Ayer Keroh.
Hakim Abu Bakar kemudian meminta supaya saman diserahkan kepada defendan Bagaimanapun, Zahari berkata salinannya tidak cukup untuk diserahkan kepada mereka.
Berikutan ini, kes tersebut ditangguhkan kepada 19 September.
Peguam utama defendan, Ng Kong Peng memberitahu di luar mahkamah bahawa satu perjumpaan akan diadakan untuk membolehkan saman diserahkan secara rasmi sebelum tarikh sebutan akan datang.
Lima lagi yang belum diserahkan saman ialah Khoo Poay Tiong, Philip Chua, Yuhaizad Abdullah, Halim Bachik dan Abd Ghani Abd Rahman.
Kecuali Kian dan Chua yang telah melantik peguam bagi kes itu, yang lainnya yang hadir di mahkamah hari ini dengan memakai kemeja-T BERSIH, mengadu mereka tidak boleh melantik peguam kerana belum menerima saman. Abd Ghani tidak hadir kerana tidak sihat.
Hakim Abu Bakar kemudian meminta supaya saman diserahkan kepada defendan Bagaimanapun, Zahari berkata salinannya tidak cukup untuk diserahkan kepada mereka.
Berikutan ini, kes tersebut ditangguhkan kepada 19 September.
Peguam utama defendan, Ng Kong Peng memberitahu di luar mahkamah bahawa satu perjumpaan akan diadakan untuk membolehkan saman diserahkan secara rasmi sebelum tarikh sebutan akan datang.
No comments:
Post a Comment