(Aedi Asri)
JASIN 9 September: Pengawal peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang dikenali sebagai Jim, tidak mengacukan pistol kepada samseng Umno
walaupun berdepan provokasi mereka.
Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulkamar Radin Shamsudin,
berkata Jim berusia lingkungan 30 tahun, ditahan selepas polis menerima
lima aduan daripada Pemuda Umno Jasin.
“Seorang anggota polis yang melihat insiden itu juga menegaskan Jim
tidak mengacukan pistol (ke arah samseng). Jim dibebas selepas polis
berpuas hati dengan rakaman video kejadian itu,” katanya kepada Keadilan Daily ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, Melaka.
Jim
ditahan polis berpakaian preman ketika cuba menyurai samseng umno yang
mengerumuni bas Merdeka Rakyat untuk ke sambutan Aidil Fitri KEADILAN
Cabang Jasin di Kampung Kelubi, Jasin.
Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua anggota
polis bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar dan kononnya, memaksa
senjata api itu dimasukkan semula ke sarung.
Malah,
Setiausaha Kerja Wanita Pusat, Maisuri Zainal pula berkata Jim hanya
mengacah dengan mengeluarkan pistol sebagai langkah berjaga-jaga tapi
muncungnya menghala ke tanah.
“Saya nampak beliau halakan pistol ke bawah…bukan acu (ke arah
samseng),” katanya yang mengikuti program jelajah berkenaan, sambil
menggayakan semula aksi itu.
Selain itu, Maisuri dan rakannya, Abdul Hadi Suhaimi juga yakin dapat
mengecam wajah samseng Umno yang menyimbah cat ke bas Merdeka Rakyat,
jika kawad cam dibuat.
Menyatakan sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Jasin lewat
malam 8 September lalu, beliau berkata, mereka nampak jelas insiden itu
dari dalam bas, sebelum keluar merakam gambar dan video.
Laporan polis berhubung insiden itu sudah dibuat Radin Shamsulkamar pada jam 8.43 malam di balai polis sama.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
No comments:
Post a Comment