Malaysiakini
Serangan
serentak kerajaan menggunakan media perdana yang mendakwa berlaku
penjajahan bentuk baru NGO prodemokrasi melalui tajaan dana di negara
ini terang-terangan hanya kes "paranoia", kata PKR Sarawak.
"Ia
cubaan terdesak BN untuk memperkecilkan perniagaan yang sah, masyarakat
sivil dan organisasi dengan sindiran tak langsung, bahawa Malaysia
secara rahsia dilemahkan oleh negara asing, bukan sahaja tidak masuk
akal tetapi menunjukkan bagaimana BN menggunakan taktik
menakutkan-nakutkan di peringkat antarabangsa.
"Taktik momokan ini sebenarnya hanya menunjukkan ketakutan BN sendiri terhadap demokrasi sebenar dan lebih penting lagi mereka melihat puaka yang tidak wujud," kata Ketua PKR Sarawak Baru Bian dalam kenyataan semalam.
Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan akhbar berkaitan Umno Berita Harian dan New Straits Times semalam melaporkan di muka depan NGO berpangkalan di Amerika Syarikat National Endowment for Democracy (NED) dan badan lain di peringkat antarabangsa mendanai NGO di Malaysia.
Laporan sama juga ditayangkan dalam waktu perdana TV3 semalam yang menyifatkan perkara itu sebagai penjajahan bentuk baru.

No comments:
Post a Comment