sinar harian 11 Sept 2012
JASIN - Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan tergantung di
beranda rumahnya di Kampung Pondok Kempas, Kesang Pajak, petang
kelmarin.
Dalam kejadian lebih kurang jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 75 tahun
ditemui isterinya yang baru pulang ke rumah selepas menghadiri kenduri
kesyukuran salah seorang anaknya di Kesang Jaya.
Isteri mangsa berusia 75 tahun berkata, sebelum keluar rumah dia
mengajak suaminya yang menghidap asma dan paru-paru berair untuk pergi
bersama namun suaminya enggan.
Menurutnya, dia yang tidak mengesyaki apa-apa meninggalkan suaminya seorang diri di rumah.
“Saya ke rumah anak kerana dia mengadakan kenduri kesyukuran kerana akan
menunaikan haji tetapi bila pulang ke rumah, saya terkejut lihat suami
dalam keadaan tergantung.
"Sebelum kejadian kami tidak ada perselisihan faham. Bagaimanapun, saya reda dengan apa yang berlaku," katanya, semalam.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pondok Kempas selepas solat Zuhur, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat sebagai mati mengejut.
“Polis menerima panggilan kira-kira jam 3 petang dan mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat.
"Pihak hospital memaklumkan mangsa mati kerana lemas,” katanya.

No comments:
Post a Comment