22 September 2012
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tweet terkini Koo Ham berkaitan isu berkenaan.
Katanya, tindakan itu perlu dilakukan kerana ia menyentuh isu sensitif yang boleh mengancam ketenteraman awam dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Saya amat berharap siasatan segera perlu dilakukan hasil laporan polis yang telah dibuat seluruh negara kerana ia membabitkan isu keselamatan negara.
“Saya sendiri melihat kenyataan Koo Ham di laman twitternya itu berunsur hasutan kerana ia boleh membangkitkan kemarahan orang ramai apatah lagi melibatkan isu agama,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Kangsar, di sini semalam.
Rabu lalu, Koo Ham menerusi laman Twitternya mencetuskan kontroversi apabila mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem berkenaan.
Semalam, Koo Ham memohon maaf dan bersedia menarik balik mesej yang dipaparkan melalui laman Twitter itu.
Sementara itu, di Lumut, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, menyifatkan kenyataan terbaru Koo Ham di laman Twitter yang dilihat terus mengkritik dirinya dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin adalah sebagai satu serangan peribadi.
“Tweet berkenaan dilihat terlalu peribadi apabila mengaitkan nama saya dan juga Ketua Pemuda Umno. Saya sendiri tidak tahu kenapa beliau bersifat peribadi dalam kenyataannya itu.
“Walaupun sudah meminta maaf, beliau terus mengkritik dan membelasah BN (Barisan Nasional) dan Umno serta menuduh kita yang memanipulasi kenyataan berkenaan,” katanya.
Zambry berkata, tindakan Koo Ham mempersoalkan penentangan terhadap filem Innocence of Muslim yang menghina Nabi Muhammad jelas boleh dibaca dan difahami semua orang.
"Tidak timbul soal manipulasi seperti yang dibangkitkan kerana jika ada yang menghina atau mengkritik tentang agama Islam, saya berhak
sinar harian
Inilah bila kita mempunyai Menteri yang low class. Datuk Ngeh Koo Ham mempertikaikan keikhlasan UMNO terutama ketua pemudanya, Khairy dalam soal mempertahankan martabat dan kesucian Islam. Beliau tidak mempertikaikan kesungguhan PAS dalam hal ni. Yang hangpa perjuangkan ialah orang "Islam" yang ada dalam tafsiran perlembagaan dan bukannya Islam yang dituntut ke atas setiap muslim.
ReplyDeleteKalau hangpa ikhlas, sudah tentu dah lama hangpa teranjang Mahathir dan Tok Jib. Tepuk Dada Tanya Iman. Kalaulah dah dasar munafikun, dah tak mampu bercakap BENAR lagi. Setiap kali berbicara, mesti MOHONG.