Selasa, 11 September 2012
NEW DELHI: Kastam India menahan seorang lelaki yang cuba menaiki
pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi bersama seekor monyet
terancam disorok dalam seluar dalamnya, kata pegawai agensi itu,
semalam.
Suspek berasal dari Emiriah Arab Bersatu kini ditahan bersama dua rakannya.
Menurut jurucakap kastam, suspek tiba dari Bangkok dan sepatutnya menaiki penerbangan Jet Airways ke Dubai.
“Kastam mengesan monyet itu ketika membuat pemeriksaan badan,” katanya.
Monyet berukuran 17 sentimeter itu - dikenali sebagai loris - hidup di
India dan Asia Tenggara, dianggap mempunyai khasiat bagi menguatkan
tenaga batin. Ia adalah spesies terancam di dunia. Seekor lagi monyet
itu ditemui ditinggalkan dalam tong sampah lapangan terbang berkenaan. -
AFP
No comments:
Post a Comment