22 September 2012
Antara papan tanda yang tertera dalam tulisan Cina dan rumi tetapi tulisan jawi tiada di Kampung Abdullah.
SEGAMAT - Pas Segamat mempersoalkan tindakan mengetepikan penggunaan
tulisan jawi, sebaliknya menggunakan tulisan Cina pada papan tanda jalan
raya dua bahasa yang dipasang di sekitar Kampung Abdullah pada awal
minggu ini.
Yang Dipertuanya, Firdaus Masod berkata, sebelum ini, penggunaan tulisan jawi memberi lebih makna kerana mempunyai nilai tersendiri selain menunjukkan identiti orang Melayu yang tinggal di bandar ini.
Menurutnya, bandar besar seperti Johor Bahru dan Pulau Pinang masing-masing masih mengekalkan tulisan jawi pada papan tanda mereka dan tidak menjadi masalah untuk terus dikekalkan sehingga hari ini.
“Kita tidak kisah sekiranya pihak berwajib ingin menggunakan tulisan Tamil sekalipun pada papan tanda baru yang digantikan, namun tulisan jawi perlu dikekalkan, bukan dibuang.
“Sebelum ini, sekitar bandar ini masih menggunakan tulisan jawi dan rumi, tetapi menjadi pertanyaan apabila penggantian papan tanda baru ini menggunakan tulisan Cina dan rumi sahaja manakala tulisan jawi tiada," katanya kepada Sinar Harian kelmarin.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Segamat, Ismail Abu berkata, pihaknya mengenal pasti papan tanda nama jalan yang dinyatakan pengadu dan sudah membuat beberapa perbincangan bersama pihak terbabit mengenainya.

No comments:
Post a Comment