22 September 2012
Mahkamah Sesyen Ipoh membebaskan
seorang tukang urut berusia 65 tahun dari tuduhan merogol anak tirinya
yang berusia 13 tahun pada Januari 2011 di sebuah rumah Jalan Changkat
Jong. Beliau yang berasal dari Manjoi Baru Tambahan Ipoh di bebaskan
kerana pihak pembela berjaya membuktikan melalui satu laporan perubatan
yang mengesahkan tertuduh tidak berdaya melakukan hubungan sex atau
persetubuhan.Dalam lain perkataan mangsa menghadapi masaalah mati pucuk.
Sebaik mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Adli Abdul Ghalib
mangsa terus menadah tangan sambil melaungkan ‘YAA Allah’ dan kemudian
mencium lantai mahkamah tanda bersyukur kerana dibebaskan. Jika sabit
kesalahan beliau boleh dipenjara tidak kurang dari 6 tahun serta tidak
melebihi 20 tahun dan sebatan.
Dalam wajah kegembiraan beliau mengucapkan terima kasih kepada
peguambela dan semua ahli keluarga dan rakan kerana memberi semangat dan
kekuatan mental. Beliau berjanji akan memulakan hidup baru sambil
memeluk isteri tersayang.
Di sebalik kegirangan ini mungkin beliau terlupa bahawa yang
membebaskan beliau adalah kerana beliau mati pucuk bukannya peguambela.
Pada hakikatnya tidak ada lelaki di dalam dunia ini akan bergembira
kerana mereka mati pucuk. Mereka akan berusaha dengan apa cara sekali
pun sehingga berbelanja ratusan ringgit untuk memulihkan kejantanan
mereka. Dalam masa yang sama tidak ada juga isteri yang bergembira
apabila mengetahui suaminya mati pucuk.
Kelazimannya lelaki Melayu akan mencari tukang urut walaupun yang
mengurut itu megarut dibuktikan dengan kes ini apabila tukang urut juga
mati pucuk. Beliau mungkin boleh bergembira kerana terlepas hukuman dan
mengahabiskan sisa-sisa hidup dengan berumur 65 tahun tetapi bagaimana
kesan trauma anak tiri nya yang kini baru berumur 14 tahun untuk
meneruskan kehidupan bersama suami yang tidak mati pucuk.

No comments:
Post a Comment