(Oleh: Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 12 Oktober: Kira-kira 500 ahli Kesatuan Pekerja Keretapi
Tanah Melayu Berhad (RUM) berpiket di hadapan ibu pejabatnya di Jalan
Sultan Hishamuddin bagi membantah pengambilalihan KTMB oleh MMC
Corporation Berhad, petang tadi.
Himpunan disertai Senator Syed Shahir Syed Mohamud, Ahli Parlimen
Kuala Langat, Abdullah Sani, Presiden Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC),
Khalid Attan dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja dalam Syarikat
Berkaitan Kerajaan (GLC), Safaie BP Mammal.
Kira-kira
50 anggota polis beruniform dan preman mengawal lalu lintas, manakala
kenderaan yang lalu turut membunyikan hon tanda sokongan.
Turut hadir ahli kesatuan RUM dari seluruh negara termasuk Prai, Pulau Pinang, Gemas, Negeri Sembilan, Mentakab, Pahang.
Mereka turut membawa kain pemidang tertera perkataan ‘Kami Tolak MMC’, ‘Kami Sayang KTMB’ selain menyanyikan lagu rasmi RUM.
Sementara itu Presiden Kesatuan Pekerja KTMB (RUM), Abdul Razak Md
Hassan berkata, MMC tidak dapat menjamin kebajikan 5,600 pekerja KTMB.
Selain jaminan pekerja KTMB tidak diberhentikan, beliau juga bimbang
soal kebajikan seperti pembiayaan perubatan serta sewa kuarter serendah
RM35 sebulan akan lesap selepas pengambilalihan tersebut.
“Mereka
tidak faham ‘bahasa’ keretapi. Sampai hari ini kita tidak dengar
jaminan pekerja KTMB takkan dikurangkan. Kalau Perdana Menteri kata
rakyat didahulukan, dia mesti dengar suara kami,” kata Abdul Razak.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
No comments:
Post a Comment