PETALING JAYA 23 November: Ahli Parlimen (MP) Hong Kong, James To
menyokong penuh usaha KEADILAN untuk menggesa Suruhanjaya Bebas
Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) membuka semula kes rasuah RM40 juta
melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.Menurut Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang, James turut berjanji untuk
membawa isu tersebut ke dalam Sidang Parlimen Hong Kong.
"Mereka menyatakan kebimbangan akan keseriusan kes ini dan menurutnya
adalah menjadi tanggungjawab setiap orang untuk membantu ICAC dalam
mengumpul bukti,” katanya.“Justeru, kalau ada bukti kukuh diserahkan,
kes pasti dibuka semula kerana mereka tak mahu Hong Kong dijadikan
‘syurga’ untuk melakukan jenayah rasuah,” jelasnya.
Lih Kang bersama Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen
Selayang, Wiliam Leong dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy
Sian membuat sidang media itu di ibu pejabat parti petang tadi
sekembalinya mereka dari Hong Kong hari ini.
Delegasi KEADILAN itu bertolak ke Hong Kong Rabu lalu.Lih Kang berkata,
selain James, Ahli Parlimen Hong Kong yang turut berjumpa mereka dan
menyatakan sokongan termasuk Naib Pengerusi Panel Keselamatan, Leung
Kwok Hung dan Raymond Wong. ~kd
No comments:
Post a Comment