@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: “Biasanya anak sulung memberi puting kepada adiknya
untuk menenangkannya apabila menangis, namun malangnya kali ini dia
tersilap memberi biji rambutan,” kata Fatin Syamimi Azman, 18, ibu
kepada Mohd Hafizie Farhan Mohd Aizudin, bayi lelaki berusia dua bulan
yang meninggal dunia semalam akibat tercekik biji rambutan di rumahnya
di Kampung Laut, di sini.
Fatin Syamimi yang ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)
di sini, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, dia
sedang bekerja sebelum terkejut apabila menerima panggilan telefon
daripada suami, Mohd Aizudin Razali, 26, memaklumkan Mohd Hafizie Farhan
tercekik biji rambutan diberikan abangnya, Mohd Haikal Fikri, 2.
“Saya difahamkan Mohd Haikal dan suami sedang memakan rambutan di
ruang tamu tetapi suami kemudian bergegas ke dapur membuat susu selepas
melihat Mohd Hafizie yang berada di bilik terjaga daripada tidur.
“Bagaimanapun, Mohd Haikal yang mendengar adiknya menangis masuk ke bilik dan menyuapkan biji rambutan mungkin kerana mahu menenangkan adiknya ketika suami masih di dapur.
“Bagaimanapun, Mohd Haikal yang mendengar adiknya menangis masuk ke bilik dan menyuapkan biji rambutan mungkin kerana mahu menenangkan adiknya ketika suami masih di dapur.
“Tindakan Mohd Haikal hanya disedari suami apabila melihat keadaan Mohd Hafizie yang berubah pucat dan sesak nafas.
No comments:
Post a Comment