Harakahdaily
Hayati Umor Selangorku, | 23 Nov 2012 |
SHAH ALAM: Menteri
Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mencabar MCA terutama
Ketua Biro Pemuda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyaman kerajaan
negeri berhubung isu penstrukturan hutang Talam.
Abdul Khalid berkata, ia merupakan cabaran Pakatan Rakyat (PR)
Selangor kepada Umno-BN atau MCA untuk membawa perkara terbabit ke
mahkamah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata demikian selepas diprovok oleh Sulaiman Razak
(BN-Permatang) ketika perbahasan kertas putih Talam di Sidang Dewan
Negeri Selangor (DNS).
Cabaran itu tercetus apabila, Sulaiman mempertikaikan usaha Kerajaan
Negeri mengutip semula hutang Talam berjumlah RM392 juta selain membuat
perbandingan perbezaan penilaian harga tanah di Bukit Beruntung oleh
Sulaiman & Co dan JPPH.
“Kerajaan Negeri membuat penilaian itu berasaskan nilai komersial
bukan nilai pertanian. Itu sebab saya galakkan MCA pergi ke mahkamah
saman Kerajaan Negeri. Ini merupakan cabaran PR Selangor,” katanya.
Sebelum ini, Permerbadanan Menteri Besar (MBI) menyelesaikan RM4 juta
pembayaran caruman perparitan pada 2010 bagi membolehkan penjualan
tanah kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) selepas Talam
membuat permohonan menukarkan ‘pertanian’ kepada ‘pembangunan bercampur’
pada 1994.
“Kerajaan Negeri berpandangan bahawa nilaian yang dibuat oleh
Suleiman & Co. adalah lebih menepati nilai sebenar tanah Bukit
Beruntung itu,” katanya.
Jelasnya, penilaian oleh Sulaiman & Co itu menetapkan nilai tanah
tersebut pada RM375 juta manakala penilaian oleh JPPH menetapkan nilai
tanah pada RM113 juta.
“Perbezaan itu kerana Jabatan Penilaian mengambil kira status
kategori kegunaan tanah sebagai ‘pertanian’ manakala nilaian Suleiman
& Co mengambil kira kategori kegunaaan tanah terbabit sebagai
‘pembangunan bercampur’,” katanya.
No comments:
Post a Comment