Malaysiakini
Naib
presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman fitnah
terhadap Utusan Melayu (M) Bhd - penerbit akhbar milik Umno Utusan Malaysia -
kerana didakwa menyalahlapor apa yang diucapkannya di sebuah ceramah di
Geraja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya, awal bulan ini.
Nurul Izzah, yang hadir bersama dengan peguamnya yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohd Hanipa Maidin, mendakwa bahawa laporan berikutnya yang disiarkan oleh akhbar tersebut juga memfitnahnya.
Beliau menuntut akhbar tersebut memohon maaf, mendapat perintah menghalang defendan menerbitkan kenyataan yang berunsur fitnah, gantirugi am, gantirugi teladan, gantirugi teruk serta kos mahkamah.
Turut hadir ialah Pengerusi jawatankuasa disilpin PKR, Dr Tan Kee Kwong.

No comments:
Post a Comment