Bersih
2.0 mengalu-alukan langkah positif Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang
telah bertemu dengan Ahli Parlimen pada awal minggu ini dan SPR telah
mengakui pelbagai kesilapan dan penyelewengan dalam senarai nama
pengundi.
Kami merasa senang hati dengan sikap SPR yang berani mengadakan
perbincangan terbuka dengan Ahli Parlimen. Diharapkan sikap sedemikian
akan berterusan.
Dalam masa yang sama, Bersih 2.0 mengalu-alukan penubuhan satu unit
khas untuk membersihkan senarai nama pengundi dengan kerjasama Jabatan
Perkhidmatan Awam.
Bagaimanapun, Bersih 2.0 menuntut penubuhan unit khas ini wajib mengambil pandangan semua pihak yang berkepentingan.
Unit ini juga harus menerima pandangan dari pelbagai kumpulan yang
mahu pilihanraya dijalankan dengan bersih. Kami juga berharap SPR akan
mengeluarkan maklumat dari masa ke semasa tentang apa yang sedang dan
telah dilakukan oleh unit khas ini.
Orang ramai mempunyai hak untuk mengetahui usaha-usaha yang telah dilakukan sebelum pilihan raya dijalankan.
Lanjutan dengan ini, SPR juga telah menjanjikan kepada umum bahawa
peraturan baru untuk Pengundi Luar Negara akan dihebahkan dalam jangka
masa terdekat. Perkara ini telah lama terbengkalai.
Bersih 2.0 menuntut agar pekara ini akan diselesaikan sebelum
Parlimen berhenti bersidang pada Jumaat depan. Ini agar Pengundi Luar
Negara tahu hak mereka sebelum pilihan raya dijalankan.
Bagaimanapun, syarat-syarat Pengundi Luar Negara ini kami bantah
kerana SPR mewajibkan bakal pengundi telah pulang ke Malaysia
sekurang-kurangnya sekali dalam masa lima tahun.
No comments:
Post a Comment