(Ucapan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali pada Konvensyen KEADILAN Sabah, 24 November)
1. Hanya beberapa hari yang lalu, saya berkampung di Sabah selama 4
hari. Menaiki pacuan 4 roda, saya turun dan bertemu rakyat Sabah di 9
daerah pendalaman Sabah. Saya melihat pada wajah anak-anak kita di
Sabah; mereka menunjukkan harapan kepada KEADILAN untuk membawa
perubahan dalam kehidupan mereka. Rakyat Sabah sudah bersedia untuk
melakukan perubahan dan KEADILAN adalah parti masa depan untuk rakyat
Sabah.
2. Semangat saya sentiasa bergelora dan naluri kemanusiaan saya
sentiasa tersentuh apabila ke Sabah. Hari ini, saya kembali sekali lagi
ke bumi yang bertuah ini, Sabah Negeri di Bawah Bayu. Saya terkenangkan
wajah anak – anak di Kampong Manar, Tungku, Silam; dan Kampong
Pilantong, Labok, Beluran yang menaruh harapan kepada KEADILAN untuk
membawa perubahan dalam kehidupan mereka.
3. Saya tidak boleh lupakan raut wajah mak cik tua di Kampong Bubul
Muhibbah, Semporna; dan Kampong Sentosa Jaya, Sukau, Kinabatangan yang
terpancar harapan supaya Pakatan Rakyat membantu hidup mereka yang
dibelenggu kemiskinan.
4. Saya berkongsi kegembiraan rakyat di Kampung Jawa, Kalabakan
tatkala saya ungkapkan kejayaan pentadbiran KEADILAN dan Pakatan Rakyat
di Selangor. Masih segar di ingatan saya harapan yang terukir di
kalangan rakyat Kampong Jalan Apas, Tawau; dan Sungai Sibuga untuk
melihat perubahan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat sebaik tiba di
Putrajaya.
5. Inilah politics of hope yang dibawa oleh KEADILAN berbanding dengan culture of fear yang diteruskan oleh UMNO dan BN.
6. Sebaik sahaja saya pulang ke Kuala Lumpur, Timbalan Presiden UMNO,
Tan Sri Muhyiddin Yassin bergegas ke Sabah dengan nada orang yang
terdesak dan desperado. Kata Muhyiddin, “BN akan berusaha habis-habisan
untuk mempertahankan Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.”
No comments:
Post a Comment