| Harakahdaily, | 26 Nov 2012 |
Meskipun negeri Johor sebelum ini dianggap sebagai “fix deposit”
Barisan Nasional (BN) dan kubu kuat UMNO, penemuan-penemuan hasil
daripada kajian-kajian tersebut menunjukkan perubahan yang
memberansangkan, kata Dr Zuhdi Masduki, Pengarah Operasi Pusat
Penyelidikan PAS (PPP).
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya hari ini. Beliau
mengulas kenyataan MPN yang mendakwa BN akan mendapat 120 kerusi
Parlimen dalam pilihan raya akan datang.
PPP, kata Dr Zuhdi, menyimpulkan peluang untuk PR menawan Johor
adalah cerah sekiranya usaha berterusan dilakukan untuk menarik
pengundi-pengundi Melayu di samping mengekalkan momentum perubahan
pengundi-pengundi Cina di negeri tersebut.
13 kerusi tidak selamat
Berdasarkan analisis PPP, sokongan akar umbi BN di 13 kerusi Parlimen
di Johor adalah berada di bawah 50% iaitu Segamat, Labis, Ledang,
Bakri, Muar, Batu Pahat, Keluang, Gelang Patah, Teberau, Pasir Gudang,
Johor Baharu, Pulai dan Kulai.
Kemenangan sesuatu parti di kawasan-kawasan berkenaan akan bergantung
kepada pengundi-pengundi atas pagar termasuklah mereka yang hanya di
saat akhir membuat keputusan.
Daripada kawasan-kawasan tersebut, lapan kawasan pula memperlihatkan
sokongan akar umbi BN berada di bawah 44 % yang biasanya di ketegorikan
sebagai kawasan kelabu hitam bagi BN.
"Kebanyakan kawasan-kawasan tersebut adalah kawasan campuran, iaitu
perbezaan antara komposisi pengundi Melayu dan Bukan Melayu tidak
besar," kata Dr Zuhdi.
No comments:
Post a Comment