Friday, November 23, 2012

TG Nik Abdul Aziz sahut cabaran debat Minda Pondok

‎[admin]
Cabaran debat Minda Pondok disahut...
RESPON TERHADAP CABARAN DEBAT OLEH MINDA PONDOK

Saya terpanggil untuk memberikan respon terhadap cabaran debat oleh satu pertubuhan bukan kerajaan yang menamakan diri mereka sebagai Minda Pondok seperti yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia hari ini Khamis 22 November 2012. Minda Pondok dilaporkan mencabar al-Mursyidul Am PAS, YAB Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat berdebat dalam isu doa dan dakwaan bahawa UMNO murtad.

Pada saya, cabaran debat ini agak kontra dengan keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang enggan melayan cabaran debat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas alasan bahawa debat bukan budaya kita. Justeru, Minda Pondok barangkali boleh dianggap lebih berani daripada Perdana Menteri dalam hal ini.

Bagaimanapun suka diingatkan bahawa, dalam isu debat perlulah sekurang-kurangnya panelis yang terlibat dilihat sama kedudukan sama ada dalam parti mahupun kerajaan. Selaku Menteri Besar Kelantan dan al-Mursyidul Am PAS, adalah tidak munasabah untuk meletakkan Minda Pondok sepentas dengan YAB Tuan Guru dalam apa jua tajuk sekalipun. 

Justeru, saya dengan rendah hati menawarkan diri untuk tampil menyahut cabaran Minda Pondok yang saya kira perlu untuk dilaksanakan bagi menjernihkan beberapa tuduhan yang dilemparkan kepada YAB Tuan Guru khususnya dalam isu doa dan dakwaan memurtadkan UMNO. Dalam hal ini, saya kira samada Minda Pondok boleh merangka program ini ataupun diserahkan kepada mana-mana pihak ketiga untuk menjadi urusetia.

Saya kira, Minda Pondok boleh menerima cadangan ini sekiranya benar-benar mereka ikhlas untuk menjernihkan suasana.

Sekian.

Salam hormat,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 8 Muharram 1434H bersamaan 22 November 2012M
RESPON TERHADAP CABARAN DEBAT OLEH MINDA PONDOK

Saya terpanggil untuk memberikan respon terhadap cabaran debat oleh satu pertubuhan bukan kerajaan yang menamak
an diri mereka sebagai Minda Pondok seperti yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia hari ini Khamis 22 November 2012. Minda Pondok dilaporkan mencabar al-Mursyidul Am PAS, YAB Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat berdebat dalam isu doa dan dakwaan bahawa UMNO murtad.

Pada saya, cabaran debat ini agak kontra dengan keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang enggan melayan cabaran debat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas alasan bahawa debat bukan budaya kita. Justeru, Minda Pondok barangkali boleh dianggap lebih berani daripada Perdana Menteri dalam hal ini.

Bagaimanapun suka diingatkan bahawa, dalam isu debat perlulah sekurang-kurangnya panelis yang terlibat dilihat sama kedudukan sama ada dalam parti mahupun kerajaan. Selaku Menteri Besar Kelantan dan al-Mursyidul Am PAS, adalah tidak munasabah untuk meletakkan Minda Pondok sepentas dengan YAB Tuan Guru dalam apa jua tajuk sekalipun.

Justeru, saya dengan rendah hati menawarkan diri untuk tampil menyahut cabaran Minda Pondok yang saya kira perlu untuk dilaksanakan bagi menjernihkan beberapa tuduhan yang dilemparkan kepada YAB Tuan Guru khususnya dalam isu doa dan dakwaan memurtadkan UMNO. Dalam hal ini, saya kira samada Minda Pondok boleh merangka program ini ataupun diserahkan kepada mana-mana pihak ketiga untuk menjadi urusetia.

Saya kira, Minda Pondok boleh menerima cadangan ini sekiranya benar-benar mereka ikhlas untuk menjernihkan suasana.

Sekian.

Salam hormat,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 8 Muharram 1434H bersamaan 22 November 2012M

No comments:

Post a Comment