KUALA
LUMPUR 13 MAC: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali hari ini
akan disoal siasat Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia
(SKMM) berhubung isu Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) berkenaan
pemberian kad pengenalan (IC) kepada warga asing di Sabah.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan pejabat Azmin awal pagi ini.
Beliau akan hadir bersama peguam ke Ibu Pejabat SKMM itu di Cyberjaya pada jam 2.00 petang.
Azmin dipanggil SKMM pada Jumaat lalu.
“Siasatan ke atasnya dalam isu RCI yang bersangkutan mantan Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pemberian IC kepada warga
asing di Sabah,” kata kenyataan itu.
Satu sidang media dijangka akan dibuat sejurus selepas Azmin disoal siasat. – NS
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?
No comments:
Post a Comment