Monday, March 04, 2013
JALAN PULANG
Utusan
Malaysia dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) bakal berhadapan
dengan saman RM200 juta jika enggan membuat permohonan maaf berhubung
laporan mengaitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam kes warga
Filipina menceroboh Lahad Datu, Sabah.
Tempoh 24 jam itu bermula hari ini.
Anwar menuntut Utusan dan TV3 masing-masing membuat permohonan maaf secara terbuka.
Tempoh 24 jam itu bermula hari ini.
Anwar menuntut Utusan dan TV3 masing-masing membuat permohonan maaf secara terbuka.
Beliau yang diwakili firma Daim & Gamany menggesa Utusan membuat
permohonan maaf ekoran laporan pada muka hadapannya bertarikh 2 Mac
dengan judul "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?" dan di
muka 10 akhbar itu dengan laporan susulan berjudul "Tiga kumpulan jadi
dalang".
TV3 juga dikatakan menggunakan istilah dalang dalam mengaitkan Ketua Umum KEADILAN itu dalam insiden tersebut melalui siaran Buletin Utama pada hari yang sama.
TV3 juga dikatakan menggunakan istilah dalang dalam mengaitkan Ketua Umum KEADILAN itu dalam insiden tersebut melalui siaran Buletin Utama pada hari yang sama.
Saman tersebut telah diserahkan kepada kedua-dua pihak pagi tadi sebelum satu sidang media khas dibaut bagi memaklumkannya.
Masing-masing disaman RM100 juta dan
beban untuk membuktikan laporan tersebut kini terletak di tangan Utusan
kerana TV3 memetik laporan akhbar tersebut untuk dijadikan siaran berita
pada sebelah malamnya.
Semalam, PERKASA mencabar Anwar
menyaman akhbar Filipina dan agensi berita antarabangsa Reuters yang
memfitnahnya tetapi ia masih dalam peringkat kajian dan perundangan
bersama peguam sebelum keputusan akhir dibuat.


No comments:
Post a Comment