Harakahdaily, | 12 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR:
Arus kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan dilihat sukar dikekang
ekoran bercambahnya markas- markas dan pembukaan bilik gerakan di
pelosok negeri Johor.
Terbaru, PAS Cawangan Taman Johor Jaya berjaya ditubuhkan dan mampu
memberi saingan buat BN Johor yang selama ini bangga berstatuskan kubu
kuat mereka, blog Nusajaya Kini dipetik.
Difahamkan, kejayaan PAS Pasir Gudang membina jentera di peringkat
kawasan sekaligus menolak dakwaan yang ahlinya memberontak seperti
insiden ‘lakonan’ demonstrasi berhubung kalimah Allah baru-baru ini.
Facebook PAS Cawangan Taman Johor Jaya mencatatkan, Alhamdulilah,
setelah kian lama menunggu PAS Cawangan Taman Johor Jaya dengan
kerjasama PAS Kawasan Pasir Gudang berjaya menubuhkan markaz dan bilik
gerakan PAS Cawangan Taman Johor Jaya di No 23 Jalan Bakawali 64 Tmn
Johor Jaya.
“Segala bentuk sumbangan wang ringgit dan tenaga amat diperlukan.
Sumbangan bolehlah disalurkan melalui Hj Manan 010 3756373 @ Lutfi 017
7190483. Segala sumbangan yang anda berikan akan dinilai ganjaran oleh
Allah SWT,” kata sumber itu.
No comments:
Post a Comment