Oleh : Iqbal Vetra
Saudara kembar
ini menyatakan untuk pencen setelah lebih dari 50 tahun bekerja
sebagai pekerja seks di Amsterdam.
Pasangan kembar yang kini sama-sama
berumur 70 tahun itu bernama Louise dan Martine Fokkens. Mereka dikenal
sebagai PSK tertua di daerah lampu merah di Amsterdam, Belanda.
Sudah tak terhitung berapa ribu
lelaki yang sudah mereka ‘layani’, namun kini keduanya memutuskan untuk bersara dari industri pelacuran kerana yakin jika umur mereka sudah
terlalu tua untuk meneruskan pekerjaan sebagai PSK.
Kepada The Sun, Louise
mengatakan bahawa dia memilih bersara sejak penyakit arthritis yang
dideritanya tidak memungkinkannya lagi untuk aktif bergerak di tempat
tidur. Sementara Martine mengakui bahawa dia masih aktif bekerja namun
hanya untuk melayani seorang lelaki tua yang sudah menjadi langganannya
dalam sesi mingguan.
“Saya tidak boleh lagi menolaknya. Dia
sudah datang kepadaku sejak lama, seperti pergi ke gereja pada hari
minggu,” ungkap Martine.
Dua saudara kembar ini telah bekerja
sebagai PSK sejak usia muda hingga separuh umur. Keadaan kewangan memaksa
mereka untuk tetap memilih menjadi sebagai PSK di hari tua. Martine
juga mengaku bahawa dirinya tidak boleh mengandalkan wang pencen dari
pemerintah untuk tetap hidup.
Kerana ‘konsisten’ dengan profesionnya
selama puluhan tahun, kisah hidup mereka pun diangkat ke dalam sebuah
film dokumentari berjudul ‘Meet the Fokkens’.
Selain itu keduanya juga telah menulis
sebuah buku berjudul ‘The Ladies of Amsterdam’ yang menceritakan tentang
perjalanan mereka di industri pelacuran. (**)
Sumber : digitalspy.co.uk, uniknya.com
No comments:
Post a Comment