Harakahdaily
Selangorku, | 13 Mac 2013 |
TANJONG KARANG: 40 tahun lalu Mohd Daroji Jayos
masih bujang, dan hari ini merupakan saat yang paling indah bagi
dirinya, isteri Umi Kalsum,51, dan tiga orang cucu apabila tanah yang
diduduki sah menjadi hak miliknya.
Dalam usia 60 tahun Daroji berjanji akan menggunakan tanah tersebut sebaik mungkin demi kepentingan masa anak cucunya.
Manakala bagi isterinya tiada apa yang paling disyukuri kerana
penantiannya sekian lama sejak berumah tangga akhirnya impian itu
dilaksanakan di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
“Teramat syukur dengan pemberian geran ini dan hari ini akan menjadi
tarikh kenangan selepas kami mendapat tiga orang cucu barulah kini
mendapat geran di mana tanah itu diteroka sejak suaminya masih bujang
lagi,” katanya.
Sebelum ini pemimpin Umno-BN sering menabur janji manis berhubung
pemberian geran milik tanah di Kampung Seri Tiram Jaya di sini.
Seorang
lagi penduduk, Mohamad Amir Katijan,58, memuji kecekapan pentadbiran
Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim yang berjaya menyelesaikan masalah itu dalam masa yang singkat.
Walaupun Kerajaan PR hanya berusia lima tahun mentadbir Negeri
Selangor namun kecekapannya dalam menyelesaikan masalah tanah yang
berlarutan itu membuktikan keprihatinannnya terhadap kepentingan hak
rakyat.
Katanya, beliau sudah menunggu untuk mendapatkan geran tanah itu
sejak sekian lama apabila meneroka kawasan itu pada 1970-an yang mana
kawasan itu diwakili Ahli Parlimen BN, Datuk Seri Noh Omar yang hanya
‘pandai membuat janji’ tetapi tidak ditepati.
“Alhamdulillah hampir 40 tahun menunggu sehinggakan anak saya kini sudah menjangkau umur lebih 20 tahun,” katanya.
Beliau ditemui TVSelangor selepas Majlis Penyerahan Hakmilik Tanah
Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang yang disampaikan oleh Abdul
Khalid yang diadakan di Dewan Seri Tiram Jaya di sini.
Katanya, beliau banyak berhadapan cabaran ketika meneroka kawasan itu
dengan penanaman pertanian rosak ekoran serangan binatang dan keadaan
jalan yang teruk.
“Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan hasil ini. Kini kami
lega kerana sudah ada geran jadi anak-anak boleh tinggal di sini di
kawasan tanah dua ekar lebih ini,” katanya.
Sementara
itu, Isnan Selamat,57, berkata, beliau bersyukur dengan pemberian
geran itu kerana penat lelah meneroka kawasan itu dengan pelbagai
cabaran dan rintangan akhirnya menjadi kenyataan.
“Dengan pemerintahan Pakatan Rakyat ini akhirnya geran dapat
diberikan dan saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang
mempercepatkan proses bagi pemberian geran tanah ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment