Tuesday, 5 March 2013 hMetro
Lahad Datu: “Kamu pergi buat laporan polis kerana saya mahu berunding
dengan polis,” kata seorang lelaki yang mengetuai sekumpulan 100
penceroboh dari Sulu, Filipina yang masuk ke rumah beberapa Kampung
Tanjung Batu, dekat sini, semalam.
Ludokus Laku, 33, berkata, lelaki berusia pertengahan umur itu memperkenalkan dirinya sebagai Haji Musa masuk ke rumahnya ketika dia bersama ayah dan dua rakan menikmati sarapan, jam 8 pagi.

Menurutnya, lelaki itu bersama tiga pengikutnya masuk dalam rumahnya
melalui pintu belakang dan mengarahkan dia serta tiga yang lain berdiam
diri.
“Lelaki itu yang memakai kopiah putih dan berselepang serta bersenjata kemudian bersalam dengan kami dan memperkenalkan diri sebagai Haji Musa. “Dia menyuruh saya membuat laporan polis mengenai kehadirannya di kampung kami dan memberitahu ingin mengadakan rundingan dengan polis,” katanya.

SEBAHAGIAN penduduk Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu
menyelamatkan diri ke jalan utama selepas kumpulan penceroboh memasuki
kampung terbabit dan menawan beberapa rumah.
Ludokus berkata, selepas lelaki itu berkata demikian, dia terus keluar daripada rumah dan menyedari pergerakannya tidak dihalang dia berlari ke jalan utama masuk ke kampung itu.

No comments:
Post a Comment